| Sebelum...

Sebuah rumah kampung dengan gabungan ciri-ciri seni
bina Minangkabau, Melaka dan Perak menjadikan rumah
binaan sendiri keluarga ini sebagai subjek yang menarik
untuk mempertengahkan sebuah laman yang selesa buat
tempat bersantai.
Selepasnya...

Transfomasi, sebuah laman tajaan dan hasil kreatif
Terra
Garden[Subang]
melengkapkan rumah kampung ini dengan tempat bersantai
yang diimpikan.


Konsep utama yang diutamakan oleh krew Terra
Garden
adalah untuk melengkapkan seni bina rumah ini dengan
sebuah taman di mana ciri-ciri semulajadi[ melalui 5
deria] dan warisan serta tradisi dikekalkan dalam kesederhanaan
masa silam di kampung.

Antara rangka atau tulang belakang untuk
tempat bersantai rumah ini ialah struktur tempat duduk
seperti pangkin sandar, kekuda, dan sebagainya dari
material kayu yang bersebati dengan material rumah.

Tempat bersantai utama dengan pangkin
diletakkan dengan strategik berhadapan dengan anjung
rumah.

Seterusnya, ketenangan dan keselesaan
alam semulajadi diundang pada laman ini dengan penanaman
rumput yang menghijau di kawasan utama menggantikan
permukaan kasar asal.



Pokok-pokok hijau tropika diletakkan di sudut-sudut
utama untuk memberi sentuhan hijau seterusnya dan sebagai
komplimen kepada struktur kayu yang disertakan.


Sememangnya laman ini yang mengutamakan ciri 'outdoor
living' buat keluarga besar ini yang sering mengadakan
kenduri dan bersantai di luar rumah ini, sebuah pit
BBQ buatan kayu rekaan terbaru krew Terra Garden dengan
mudahnya bersebati dengan laman ini…praktikal
dan tidak nampak kekok dalam gaya tradisi ini.

|