| 
3 orang kanak-kanak, telah meminta Casa Impian menukar
ruang tamu lama flat keluarga mereka kepada sebuah raung
tamu yang “bes” lengkap dengan sofa yang
selesa dan penataan yang bergaya.

Selepasnya...

Krew Casa Impian dan Eric Leong menyeru
perminataan peminat muda Casa Impian ini dengan sentuhan
yang “fresh” serasi dengan trend masa kini.

Jika hijau warna kesukaan anda, ruang
ini adalah model atau contoh terbaik untuk anda.


Mula-mula, warna dinding yang putih pudar dihidupkan
dengan feature wall hijau yang terang. Warna drastik
ini menjadi fokus asas bagi ruang yang memerlukan kelainan.
Solusi lantai Pergo dengan tona cokelat menggantikan
tikar lama dan berfungsi sebagai permukaan yang selesa
bagi anak-anak ini berbaring di atas lantai.

Seterusnya, impian untuk mendapatkan tempat
duduk yang selesa tercapai dengan sebuah sofa 3 seater
yang cukup lembut bertona hijau lembut.
Langkah seterusnya, pencahayaan yang betul
diberi melalui lampu-lampu “warm lighting”
untuk membangkitkan mood menggantikan cahaya putih florescent
yang “flat”.


Tempat duduk tambahan dimasukkan dengan menyertakan
kerusi kayu jati yang sedia ada di ruang ini. Penempatan
yang strategik menjamin penataan yang anggun. Perabot
jati ditambah seri dengan sepasang kusyen kecil.

Sentuhan lembut ditambahkan melalui langsir kain sutera
berwarna beige muda dengan corak keemasan sebagai dekorasi
tingkap, langsir sheer putih off white menambahkan lagi
kelembutan di kawasan tingkap.
|