home > Previous Seasons > Season 4 > Episod 6
 
  Previous Seasons
Casa Impian Musim ke-4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Episod 6:
Designer Dining
DESKRIPSI DEKORASI

Sebuah inovasi baru untuk dinding fokus atau feature wall, designer tiles menghiasi dinding dengan corak bermotif abstrak moden dalam tona warna muda manis. Dinding ini berfungsi sebagai latar yang menarik buat meja makan.

 

Dekorasi meja terdiri dari sayur-sayuran yang dengan kreatifnya dihias pada rangkaian pinggan mangkuk serba putih yang dapat menimbulkan mainan warna yang dirancangkan sebagai tarikan.

 

Sebuah dresser digunakan sebagai console table untuk mempamerkan aksesori di hadapan dinding fokus. Aksesori pilihan ialah sebuah sculpture batu yang berkarektor, lilin bertiga segi dan deko daun. Tompok-tompok warna terang dicapai melalui susunan buah-buahan berwarna terang.


INFO PRODUK

Meja makan & kerusi dan Console[Dresser] dari:
Homelife
Homelife GBL
Bandar Sri Damansara,
Tel: 03-62768100

Homelife GBL
Puchong IOI Mall
Tel: 03-80758100

Homelife
Midvalley Megamall
Tel: 03 2283 6313

Homelife GBL
Pulau Pinang.
Tel: 04-6457900
www.homelife.com.my

Lampu dari:
Lightcraft
www.lightcraft.com.my

Designer Tiles[Jubin dinding] dari:
Ceralac Designer Tiles
Showroom:
26, Jln SS14/1
Subang Jaya.
Tel: 03 8600 0030
www.ceralac.com

Langsir dari:
Artisan International Furnishing
Taipan Business Centre
Subang Jaya
Tel: 03 5637 0118

Cat dari:
ICI Paints
www.icidulux.com.my

Lantai Pergo dari:
Floor Biz
www.pergo.com.my
Ampang Utama
Tel:03 4251 8899

Designer Showroom
Jln Sg. Besi
Tel: 03 9222 2413

Bangsar Showroom
Tel: 03 2284 4719

Pasu Bunga Laquer, Lilin. Laquer tray, Leather Box & Leather Frame dari:
Aseana KLCC
www.aseanamalaysia.com

Sculpture dan Lilin Kcamroc:
Boleh didapati di:
- Lotus Arte [KLCC]
- House & C0 [BSC]
- X.tra [Crown Princess]
- Courtyard [Ampwalk]

Set makan ceramik [pinggan, mangkuk, tray & vase] & Silverware[set sudu & garfu perak] dari:
Ombak [KLCC]
www.ombak.com.my


Untuk senarai lengkap produk dan penaja KLIK DI SINI

 
 

Sebelum...

"Walaupun saya masak sedap-sedap, mereka semua tak suka duduk makan di ruang makan ini,…tolonglah Casa Impian" kata Siti Aishah meminta Casa Impian mentransformasikan ruang makan keluarganya yang pudar tanpa "excitement" dekorasi.


Selepasnya...

Transfomasinya, sebuah sentuhan lengkap dengan dekorasi berinovasi buat meja makan. Keceriaan dan gaya moden dipraktikkan melalui ciptaan dinding fokus, penyembunyian sinki di sebalik langsir sheer, pencahayaan yang menyinar dalam tona elegan dan pilihan perabot [meja makan/kerusi dan console].

 

Motif pada dinding fokus dilanjutkan ke dinding bersebelahan melalui jubin bercorak yang juga boleh diframekan sebagai siri 3 buah frame yang digantungkan.

Meja dan kerusi makan dipilih dari siri bergaris lurus /simple lines yang bukan sahaja selesa malah tona cokelat muda memberikan gaya slick yang sesuai untuk ruang makan moden.

 

Lantai jubin putih digantikan dengan lamianted flooring untuk keselesaan dan juga warna yang tona muda yang bersebati tanpa percanggahan warna dengan meja dan kerusi makan.

Lampu-lampu moden dalam geometri bersegi disertakan pada dinding bersama lampu meja dan lantai sebagai pencahayaan tambahan.

 

Sebuah ruang makan yang classy dalam gaya moden tanpa komplikasi dicipta dalam kesegaran baru bersesuaian buat fungsi ruang ini.

 

© 2007 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by www.lazarusnow.com