home > Previous Seasons > Season 4 > Episod 12
 
  Previous Seasons
Casa Impian Musim ke-4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Episod 12:
Outdoor Wonder
DESKRIPSI DEKORASI

Longkang di tepi veranda rumah ditutup dan ditransformasikan kepada walkway batu-batu kecil yang mencantikkan lagi kawasan ini.

 

Untuk melanjutkan lagi penataan ini beberapa plank kayu yang didekorasikan dengan batu-batu kecil ditempatkan di permukaan rumput sebagai pathway menuju ke meja makan.

 

Sebagai final touch Eric menghiaskan meja makan dalam tema tropika yang eksotik.


INFO PRODUK

Taman Tajaan:
Terra Garden
Lot PG 1
Subang Parade, No.5
Jln SS16/1 Subang Jaya, PJ
Tel: 03 5621 3648

Sun Shade Tajaan:
QB Products
No. 5 Jln 5/17
Seksyen 5, PJ
Tel: 03 7954 7868


Untuk senarai lengkap produk dan penaja KLIK DI SINI

Sebelum...

Halaman rumah pemenang bertuah episod kali ini luas, tenang dan mempunyai segala potensi untuk bersinar sebagai sebuah exterior idaman. Soalannya bagaimana mentransformasikan halaman ini?


Selepasnya...

Solusi Eric dengan bantuan Desmond Ho, pakar pembina taman Neo Nusantara dari Terra Garden dan penaja baru Casa Impian QB Products dengan sun shade mereka telah mengubah halaman ini kepada taman impian yang ditunggu-tunggu.

 

Tema buat taman ini adalah supaya tuan rumah sekeluarga dapat mengekstensikan ruang interior ke exterior, di mana ruang exterior yang luas dengan cuaca tropika dipergunakan untuk membina sebuah tempat bukan sahaja untuk beristirehat malah tempat bersantap di mana rangkaian meja makan outdoor dari koleksi Terra Garden diperkenalkan.

Keterikan matahari pula dilindungi dengan sun shade yang bukan saja mempunyai fungsinya untuk memberi keredupan, malah cukup bergaya sebagai aksesori taman.

 

Kewujudan pokok kelapa dan tanaman asal di taman ini dikekalkan sebagai komplimen yang memberi natural feel pada taman. Sedikit house-keeping seperti membuang pelepah kelapa dan pasu-pasu yang tidak tersusun menghasilkan penataan yang rapi.

Unsur air juga disertakan dengan water fountain buatan sand stone dengan sculpture jantung pisang, inovasi dan rekaan Desmond yang bersebati dengan motif nature.

 

Sebuah back drop seakan dinding kayu bertingkap bercirikan rumah kampung dijadikan dekorasi menarik dan fokus pada taman ini.

 

© 2007 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by www.lazarusnow.com