home > Previous Seasons > Season 4 > Episod 10
 
  Previous Seasons
Casa Impian Musim ke-4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Episod 10:
Peranakan++
DESKRIPSI DEKORASI

Langsir berwarna cokelat dalam material kain organza yang mempunyai kilauan dan corak-corak tradisional bersesuaian dengan gaya ini. Sudut bersebelahan tingkap pula dilengkapkan dengan meja konsole dan sebuah cermin berukiran motif peranakkan sebagai tempat bersolek.

 

Keseragaman dalam palet warna tanah dilanjutkan ke lantai dengan lantai laminasi yang selesa dan kemas. Pintu masuk juga diberi rawatan warna off white yang menampakkan lagi gaya elegan yang rapi.


INFO PRODUK

Lampu dari:
Lightcraft
www.lightcraft.com.my

Langsir tajaan:
Artisan International Furnishing
Taipan Business Centre
Subang Jaya
Tel: 03 5637 0118

Cat dari:
ICI Paints
www.icidulux.com.my

Lantai Pergo dari:
Floor Biz
www.pergo.com.my
Ampang Utama
Tel:03 4251 8899

Designer Showroom
Jln Sg. Besi
Tel: 03 9222 2413

Bangsar Showroom
Tel: 03 2284 4719

Katil, konsole & cermin dinding tajaan:
Eureka Collections
Atria Shopping Centre
Tel: 03 7726 1552

Aksesori Kain organza dan laquer set tajaan:
Ombak [KLCC]
www.ombak.com.my

Pasu Bunga besar tajaan:
Homelife
Midvalley Megamall
Tel: 03 2283 6313
www.homelife.com.my


Untuk senarai lengkap produk dan penaja KLIK DI SINI

Sebelum...

Pemenang bertuah episod ini, telah cuba bermacam strategi DIY untuk menghasilkan bilik tidur yang romantik, lain daripada yang lain, masalahnya kelainan yang dicari tidak tercapai...


Selepasnya...

Sebuah gaya khusus telah diterokai oleh Eric Leong dengan memperkenalkan katil “4-post” atau katil bertiang empat yang mentransformasikan ruang ini ke alam romantika melaui gaya peranakkan.

 

Dengan menjadikan katil sebagai fokus, sebuah tapestri anggun dicipta dalam palet warna tanah yang bersebati dengan “built in cabinet” yang sedia ada. Cat biru asal bilik ini yang bercanggah dan tidak bersebati dengan almari ditukar ke tona beige muda .

Sepasang lampu siling yang bersinar di samping memberi karektor kepada gaya utama dipilih sebagai aksesori siling dan punca cahaya. Sebuah lampu lantai pula digunakan di sudut tepi untuk menukar penataan biasa di tepi katil yang biasanya mempunayi lampu meja.

 

Katil besar ini dihias dengan “draping” kain sari berwarna putih dan merah yang memberikan keayuan pada katil kosong. Aksesori seperti bantal kecil dan kain hiasan organza dari tona warna kain langsir dilanjutkan ke katil untuk memberi unifomiti.

Kehijauan tropika dibawa ke dalam bilik dengan penggunaan dedaun hijau yang sesuai diatas latar kayu jati.

 

© 2007 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by www.lazarusnow.com