Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

Episode # 8

 

Dua kawasan dalam kediaman Intan akan diberi wajah baru... Foyer sebagai tempat menyambut tetamu dan ruang tamu.

Warna oren yagn digunakan diharap dapat menghidupkan dinding foyer untuk menghasilkan fokus yang bersesuaian untuk gaya tropika.

Perlu diperhatikan di sini, Eric tidak mengecat ke semua dinding di kediaman dan hanya memilih dinding utama untuk diberikan fokus dangna warna terang ini.

Hiasan tingkap blind kayu merupakan pilihan yang sesuai untuk gaya ketimuran yang erat dengan unsur alam.

Hiasan aksesori tingkap kain dapat dilakukan dengan hanya melilitkan kain pada rod. Beberapa gaya hiasan bebas dapat dilakukan mengikut citrasa tersendiri untuk menghias kain sebagai pelengkap tingkap.

Tumbuhan tropika dalam pasu terracota menambahkan keeksotikan dalam gaya oversize.

Permaidani parsi jenis runner dari koleksi syarikat Titisan Wawasan dipilih khas oleh Eric mengikut keunikan potongan, warna dan qualiti tenunan...bersesuaian sebagai centre piece untuk lantai broken marble.

Transformasi foyer yang dilakukan menghasilkan sebuah sudut penyambut tetamu kediaman ini.

Ruang tamu pula melalui pengubahsuaian yang lebih kurang serupa tetapi lebih menitikberatkan gaya tropika dengan penyertaan unsur-unsur eksotik dan kelembutan timur.

Meja makan yang kosong telah diberi sentuhan halus sebagai sebuah tempat menjamu yang mengundang dalam sebuah proses deko yang mudah dan ringkas.

Gaya tropika dengan ciri-ciri eksotik ketimuran yang diimpikan oleh Intan dan Ikhwan untuk kediaman baru mereka dicapai untuk keselesaan keluarga kecil ini.

Latar konkrit rumah teres dalam penataan moden yang dingin diganti dengan rawatan warna warm dan pencahayaan lembut untuk suasana yang lebih mengundang.

Tumbuhan dan elemen kayu yang mewakili unsur alam diundang ke dalam kediaman untuk melembutkan penataan kasar asal.

Aksesori ayu dan berciri ketimuran disertakan untuk mengisi kekosongan sudut, dinding dan lantai.

Hasilnya sebuah ruang tamu dalam tapestri yang mengundang telah dapat dihasilkan untuk keselesaan seharian.


Info Produk:

lampu: Lightcraft
cat: Jotun Paints
perabot jati& aksesori: Eureka Collections
permaidani: Titisan Wawasan
Kusyen: Thamesa Home Furnishing
Aksesori tambahan: Ethnic Moods
Tumbuhan berpasu: Terra Garden

Click here for design galleries contact numbers & addresses

 
  BEFORE AFTER

 

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.