| Episode # 7
Sebuah masalah
biasa di kalangan rumah-rumah teres tempatan ialah halaman rumah berjubin
yang bukan saja memantulkan haba malah memberikan penataan kasar jauh Apa yang diperlukan dalam pengubahsuaian minggu ini ialah sebuah taman tropika dengan gaya nusantara baru yang damai bagi tuan rumah sekeluarga. Proses pengubahsuaian dimulakan dengan mengeluarkan pasu-pasu bunga asal untuk mengosongkan perimerter taman baru. Konsep dan pelan taman ditetapkan sekali lagi mengikut lakaran yang telah dirangcang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan. Seterusnya modular asas yang terdiri daripada lettice sebagai latar belakang taman, kerusi dan rangka kolam diletakkan. Material kayu cengal yang sesuai bagi taman eksterior bergaya tropika digunakan dengan konsisten pada keseluruhan rangka taman. Kayu-kayu cengal dari rumpunan berlainan yang mempunyai tona berbeza disamakan dengan rawatan cat wood stain yang akan menghasilkan tona yang seragam. Rumput Mutiara
atau Pearl Grass ini merupakan solusi yang bersesuaian dalam teknik penanaman
rumput sebegini kerana rumput jenis ini tahan lasak, tidak Pasir halus digunakan sebagai pengganti lapisan asas tanah. Rumput ditanam dengan mudahnya dengan memotong mengikut saiz perimeter taman dan seterusnya ditekan untuk membolehkan akar rumput mencengkam pasir. Latar taman berlettice dihias dengan panel ukiran bermotif alam untuk menambah keanggunan gaya eksotik. Tranformasi episod ini, halaman asal yang tidak berfungsi sebagai tempat beristirehat, diubah langkah demi langkah ke arah sebuah sudut perlarian yang lengkap dengan elemen alam semulajadi yang damai. Hasilnya sebuah taman yang diimpikan oleh keluarga minggu ini. Penataan yang kasar diganti dengan rimbunan kehijauan melalui tanaman berpasu gaya tropika. Elemen-elemen
alam seperti air, udara nyaman, kesegaran dan kewangian disertakan untuk Sebuah simbiosis damai dicipta untuk mengeratkan pergaulan dengan alam dalam sebuah taman di halaman rumah ini yang akan sentiasa berfungsi sebagai penawar suasana muram. Sebuah tempat beristirehat dalam ketenteraman suasana semulajadi diperkenalkan dan dicipta semula untuk memberikan kedamaian yang dicari.
|
||||
|
||||
![]() |
||||
![]() |
||||
| Info Produk: taman dan aksesori taman: Terra Garden
|
||||
![]() |
![]() |
|||
| BEFORE | AFTER | |||
Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.