Episode5 Animation


Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

Episode # 5

Bilik tidur ini yang didapati mempunyai masalah asas seperti masalah lantai, pencahayaan dan penempatan perabot yang tidak seimbang, memerlukan sebuah perancangan yang teliti supaya kesemua masalah ini dapat diatasi dan diganti dengan sebuah gaya yang dapat memberi keselesaan yang dicari.

Sebagai permulaan ke semua barangan dan perabot dikosongkan untuk mendekati proses penyelesaiann masalah.

Kertas dinding Jotufibre digunakan untuk dinding utama yang juga akan berfungsi sebagai headboard katil. Dinding feature diberi warna terquiose atau biru kehijauan yang segar sebagai focus dalam bilik yang berpenata seragam.

Siling yang mempunyai stain air kekuningan dicat dengan warna neutral putih.

Sebagai transformasi lantai, permukaan parque yang telah usang diganti dengan lantai kayu berlapis Pergo yang bukan saja tahan lasak malah cukup elegan untuk mengecapi suasana baru yang dicari.

Hiasan tingkap dari rangkaian Duette jenama Luxaflex yang anggun dari segi penataan dan tidak kurang dari segi kualiti dan praktikaliti digunakan sebagai aksesori seharian.

Tilam Dreamland Chiropraktik yang direkacipta untuk memberikan keselesaan dan kesihatan tulang belakang yang optima dengan sistem spring miracoil digunakan sebagai solusi katild an tilam.

Untuk memadankan meja tepi, Eric menyertakan sebuah dresser atau meja solek moden koleksi Cellini. Penempatannya juga strategik untuk memaksimakan ruang.

Bantal dreamland yang direkacipta khas untuk memberi sokongan yang sesuai bagi leher dan kepala digunakan untuk melengkapkan tilam dan set divan sebagai tempat tidur. Set divan dan tilam ini adalah sebuah alternatif kepada katil. Bantal berlainan saiz digunakan sebagai aksesori hiasan.

Duvet cover dari Thamesa Home Furnishing digunakan sebagai alas tilam berwarna neutral dengan hiasan embroidery yang halus. Lampu-lampu berciri moden dengan potongan slick digunakan untuk menyerikan sudut.



Info produk:


Lampu: Lightcraft
Tilam & Divan set: Dreamland
Cat & kertas dinding: Jotun Paints
Meja tepi & Dresser: Cellini
Alas tilam: Thamesa Home Furnishing
Hiasan Tingkap: Luxaflex Shades
Aksesori: Ombak & Aseana

Click here for design galleries contact numbers & addresses
  BEFORE AFTER

 

 

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.