Episode2 Animation


Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

Episode # 2

 

Keluarga Lee telah meminta pertolongan casa Impian untuk menyelesaikan dilema di halaman rumahnya yang bermasalah...tuan rumah terpaksa menggunakan jubin untuk meliputi tanah kebun kerana tidak ingin kucing liar berkeliaran di halaman ini...tetapi masalah baru pula timbul bila bila jubin-jubin ini memantulkan haba dan keterikkan bahang matahari ke dalam rumah....

Permukaan halaman rumah ini yang diliputi dengan jubin, memberikan penataan yang kasar dan nampak kurang selesa sebagai tempat untuk berehat bersama keluarga di luar rumah. Halaman ini memerlukan sesuatu untuk menolong menjadikannya lebih indah dan bergaya tropika dan menyelitkan elemen outdoor living.

Terra Garden pakar pembina taman Neo Nusantara yang akan memberikan wajah baru kepada halaman ini berpendapat bahawa pada mulanya tangki air yang besar perlu diberi kemaflush. Sebagai solusi beliau mencadangkan supaya lettice atau binaan pemisah diletakkan untuk melindungi tangki. Selain dari itu tumbuhan dan kolam boleh diletakkan untuk mengabungkan sebuah sudut yang selesa.

Modular taman yang diperkenalkan oleh Terra Garden ini menyertakan elemen-elemen air, tumbuhan dan material kayu dalam menghasilkan sebuah taman tropika bersesuaian dengan cuaca tempatan.

Taman tema ini merupakan sebuah trend bagi halaman rumah yang kian digemari ramai.

Sistem modular ini yang siap dipasang dan boleh dialihkan amat functional dan praktikal bagi halaman kediaman tempatan.

Kesemua material kayu cengal yang digunakan, dicat dengan varnis kalis air supaya bersesuaian sebagai peralatan taman exterior.

Untuk mengisi perkarangan taman, batu -batu kelikir berlaian saiz dan slap bersegi di letakkan untuk mengindahkan permukaan lantai.

Akhirnya tumbuhan berpasu terra cota diletakkan dengan strategik di sudut-sudut sekitar kolam dan module taman untuk sentuhan segar alam semulajadi.

Akhirnya tecipta sebuah taman neo nusantara dengan elemen-elemen alam yang damai.

 


 

Info produk:


pembina taman: Terra Garden, Subang Jaya ( terletak di belakang Subang Perade)

Click here for design galleries contact numbers & addresses
BEFORE AFTER

 

 

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.