Episode # 1

Masalah utama di ruang tamu ini ialah ketidakhadiran sebuah tema erupakan asas kepada pembinaan karektor pada sesebuah ruang...

Melihatkan saiz ruang yang kecil, Eric mencadangkan supaya ruang tamu ini dijadikan sebuah ruang tamu formal yang bergaya dan berkarektor anakala fungsinya sebagai ruang tv ditukar.

Casa Impian memilih Jotun Paints sebagai penaja cat. Pilihan rangakaian warna cat Jotun yang luas memudahkan proses pilihan warna.

Lapisan warna neutral off white yang digunakan amat penting kerana ianya merupakan warna suplemen dan berfungsi sebagai kontras yang mengimbangkan warna merah dinding feature wall yang elegan.

Kertas dinding Jotafibre yang bertekstur dilekatkan pada dinding feature wall sebelum proses mengecat.

Proses lamination atau pelapisan lantai kayu ini tidak melibatkan embuangan jubin asal. Jubin asal dilindungkan dengan lapisan khas dan kayu lapis diletak dan digluekan bersama di atasnya.

Tona kayu yang bergaya moden ini memberikan penataan kontemporari yang dicari bagi konsep di ruang ini.

Tekstur pada Jotufibre yang telah dilekatkan tadi, menghidupkan permukaan dinding yang rata tadi dengan penimbulan corak yang menarik.

Tingkap dan pintu kaca diberi transformasi dengan dressing rangkaian sheers silloutte jenama Luxaflex. Pelengkap tingkap ini melembutkan cahaya kasar dari luar. Ianya juga cukup praktikal dan senang dijaga.

2 buah lampu siling, sebuah standing lamp dan sebuah lampu meja yang kesemuanya dari gaya yang sama mengisi ruang dengan pencahayaan strategik.

Untuk perabot dan aksesori, Victoria Chaise Lounge, stool, kain runner sutera, rug shaggy dan kusyen besar dari Thamesa Home Furnishing digandingkan dengan candle holder, laquer set dan pasu ceramic dari Aseana.

Hasilnya sebuah ruang moden kontempori yang elegan dan bergaya.

 

Episode1 Animation


Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

 

 

Info produk:

Lampu: Lightcraft
Cat & Kertas Dinding : Jotun Paints
Perabot & Aksesori: Thamesa Home Furnishing
Shades Tingkap: Luxaflex
Lantai Kayu: Pergo Floors (pengedar: Floor Biz)
Aksesori: Aseana

Click here for design galleries contact numbers & addresses

 
BEFORE AFTER

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.