| Episod 3: Black on Black |
|
|||||||||
Before...
Ruang kediaman bujang yang tak terurus tanpa identity menunggu transformasi DBE . After... Sebuah ‘bachelor pad’ dalam tema moden dan praktikal menjelma selepas 8 jam pengubahsuaian dari DBE. Motif warna Dulux dalam tema ‘Black on Black’ sesuai dengan gaya maskulin yang diminta oleh tuan rumah. Dinding utama menggunakan warna berani hitam Dulux Pentalite: Black Mica [30BB 05/022] dan dinding lain dicat dengan Dulux Pentalite: Granite Grey [ 00NN 37/000]
Lantai cukup menawan edaran Floor Biz rangkaian Exotic: Java Teak dari Pergo yang mempunyai pantulan dan sinar seakan cermin menghias lantai untuk penataan moden yang dicari.
Perabot lengkap dari Haus Living Concept yang mengutamakan keselesaan dan gaya memenuhi ruang. Sebuah sofa, ‘Cube 3 seater’ dalam tona cokelat tua, Foglia coffee table dan Foglia tv cabinet yang cukup stylish dalam potogan futuristic putih dengan finishing yang glossy menjadi komplimen terunggul bagi ruang.
Lightcraft kali memperkenalkan koleksi lampu siling bermotif corak yang tansparent dan lampu dinding serta lampu-lampu stand light dan lampu meja berwarna hitam, serasi dengan tema black on black.
SSF Curtain mengindahkan lagi ruang dengan langsir ‘Roman Blinds’ yang mengunakan fabrik dalam tona maskulin dan motif yang serupa dengan lampu. Sebuah panel fabrik sebagai dekorasi dinding digunakan untuk menghidupkan dinding hitam yang kecil. Panel sebegini boleh ditempah dari SSF Curtain. LG melengkapkan ruang dengan keperluan asas dengan Scarlet LCD TV terbaru yang slick. LG air purifier yang stylish disertakan untuk keselesaan tambahan.
Kipas Alpha siri e-light menggantikan kipas lama dan nampak bergaya dalam tona dark silver yang moden.
Suis lama ditukar kepada suis designer dari AEC ID switches yang kali ini mengunakan warna putih dan butang hitam sebagai kontras yang menarik.
Barangan hiasan yang menarik dan simple dari SSF Home Deko Mart dalam tema hitam bersebati indah sebagai deko untuk meja kopi.
Sajian enak dari Secret Recipe. Klik sini untuk senarai lengkap atau untuk menghubungi
|