spacerAbout Us
 

Deko Bersama Eric 3:
Musim baru akan bermula
22 June 2009

Nantikan DBE3:
Setiap Isnin, 9mlm
Ulangan Ahad, 12 tgh

 

 

spacerHome > About us
  spacer
View photos from Episodes!
View the auditions photos
 
Casa Impian bertukar nama! Pengubahsuaian Percuma siri baru “Deko Bersama Eric” mencecah RM50,000 setiap pengubahsuaian.

Casa Impian berwajah baru!

Rancangan pengubahsuaian popular Casa Impian di Astro bertukar nama ke Deko Bersama Eric sempena nama hos dan designer suka ramai Eric Leong. “Deko Bersama Eric” sebuah “spin-off” dari rancangan dekorasi dan pengubahsuaian percuma pertama Malaysia iaitu Casa Impian, setelah 6 musim kini berwajah baru dan menjanjikan nilai pengubahsuaian yang lebih tinggi buat pemenangnya.

“Deko Bersama Eric” akan menghadiahkan pengubahsuaian PERCUMA bernilai hampir RM50,000 setiap satu. Ini termasuklah barangan hiasan lengkap, kos pengubahsuaian dan yang terbaru, pengubahsuaian “Deko Bersama Eric” akan menghadiahkan TV LCD serta Penghawa Dingin dari LG untuk setiap pengubahsuaian dan sebuah peti sejuk LG untuk pemenang pengubahsuaian dapur. 13 pemenang bertuah yang menetapi berbagai kriteria yang ditetapkan oleh pihak juri pemilihan telah pun dipilih.

Musim Baru

Musim baru Deko Bersama Eric yang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin 9mlm dengan ulangan pada hari Ahad 12 tengah hari yang diformulakan sebagai sebuah rancangan “hit” bukan saja dari segi dekorasi malah dari segi persembahan, editing dan audio visual, diterima baik oleh para peminat.

Menurut Vimala Siva Wilkinson, Penerbit Eksekutif Deko Bersama Eric dan pengasas Camera Culture Productions Sdn Bhd yang telah “conceptualize” dan menerbitkan rancangan ini untuk siaran di Astro sejak tahun 2002, “…kami tidak mahu sebuah rancangan dekorasi tanpa “substance” atau elemen hiburan. We wanted learning to design your home to be fun and not work. Dengan itu sejak dulu lagi Eric sebagai “crowd puller” telah ditugaskan untuk menyelitkan unsur hiburan untuk seisi keluarga dalam mendekorasi kediaman mereka. It’s a family affair….dan Eric telah melakukan tugas ini dengan baik.”

"We wanted to make learning to design your home to be fun and not work..."

Deko Bersama Eric yang merupakan rancangan pertama di television Malaysia dalam format sebegini sejak 5 tahun lalu amat bangga sebagai perintis rancangan sebegini di sector penyiaran di Malaysia. Pihak penerbit telah meluangkan masa berlebihan untuk setiap pengubahsuaian dan produksi [dari segi rakaman, edit dan audio pos] untuk memberikan sebuah rancangan berkualiti untuk tontonan peminat. DBE mempunyai “viewer base” dan rating yang tinggi di kalangan rancangan tempatan.

 
© 2007-2009 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by lazarusnow.com